SIRI LAWATAN PENANDA ARAS CADANGAN NAIK TARAF RANGKAIAN INTERNET DAN PENINGKATAN SISTEM KESELAMATAN DI AKADEMI PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA (APBM) BATU GAJAH

TRONOH, PERAK, 14 MEI 2026 – Satu siri lawatan penanda aras berkaitan cadangan menaik taraf rangkaian internet fasiliti di bawah Jabatan Belia dan Sukan Negara telah diadakan di APBM Batu Gajah, Perak bagi menilai keperluan penambahbaikan infrastruktur digital serta memperkukuh aspek keselamatan di jabatan.

Lawatan tersebut diketuai oleh Encik Mohd Hazlee bin Ramle (KPSU) Unit Rangkaian Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM) serta Pegawai Bahagian Aset dari Kementerian Belia dan Sukan. Lawatan ini bertujuan meneliti secara menyeluruh cadangan menaik taraf rangkaian internet bagi memastikan kemudahan capaian digital yang lebih stabil, efisien dan memenuhi keperluan operasi semasa.

Dalam masa yang sama, Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia turut melaksanakan kajian lapangan berkaitan cadangan pemasangan sistem kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan APBM Batu Gajah sebagai usaha mempertingkat serta mengoptimumkan tahap keselamatan fasiliti kerajaan. Kajian tersebut diketuai oleh Encik Aminudin bin Ramli, Penolong Pengarah CGSO, PERAK.

Ketibaan delegasi telah disambut mesra oleh Puan Wan Dzalen Razhima bt Wan Daud dan Puan Suhaini bt Samsudin selaku wakil pengurusan APBM Batu Gajah. Melalui pelaksanaan siri lawatan ini, diharapkan segala cadangan penambahbaikan yang dikenal pasti dapat direalisasikan demi memperkukuh infrastruktur teknologi maklumat, meningkatkan tahap keselamatan fasiliti, serta menyediakan perkhidmatan yang lebih cekap, berkualiti dan berkesan kepada seluruh warga serta pengguna.

Pihak APBM Batu Gajah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan lawatan strategik ini demi pembangunan dan penambahbaikan fasiliti secara berterusan.

Image
Akademi Pembangunan Belia Malaysia Batu Gajah
KM 21, Lebuhraya Ipoh-Lumut
31560 Siputeh Perak
Tel : 05-3657072 | Fax : 05-3656187

apbm_bgajah@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/apbm-batugajah

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 28-07-2026, 21:23:27

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search