KURSUS “VIDEOGRAPHY & PHOTOGRAPHY BRANDING BUSINESS”

TRONOH, PERAK, 12 MEI 2026 – Cawangan Pengembangan dan Inovasi, Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) Batu Gajah, Perak telah berjaya menganjurkan Kursus “Videography Dan Photography Branding Business” bermula pada 11 hingga 12 Mei 2026 bertempat di Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) Batu Gajah, Perak.

Kursus ini dianjurkan bagi memberikan pendedahan dan kefahaman kepada para peserta meningkatkan kreativiti dalam menghasilkan foto dan video yang berkualiti, membantu usahawan belia untuk mempromosikan produk dan perkhidmatan dengan kos yang rendah. Pendekatan ini diyakini bukan sahaja mampu menjimatkan kos, malah efektif dalam memperkukuh strategi pemasaran digital seiring dengan arus kemajuan teknologi serta tuntutan globalisasi semasa.

Modul hari ini adalah AI Video, Content Strategy serta Assignment & Presentation. Sepanjang 2 hari penganjuran, peserta telah didedahkan dengan pelbagai modul teori dan praktikal berkaitan pemasaran digital. Perkongsian ilmu disampaikan oleh En. Hazril Hafiz b. Ab Rahman, Pengarah Urusan Infinity Solutions dan Engku Anwar Hilmi.

Majlis perasmian penutup kursus telah disempurnakan oleh Tuan Vijayan Kumar a/l Nadarajan, Pengarah APBM Batu Gajah, Perak. Dalam ucapannya, beliau merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat serta menggalakkan peserta untuk mengaplikasikan ilmu yang diperoleh dalam memperkasa keusahawanan belia negara.

APBM Batu Gajah menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan atas komitmen yang ditunjukkan oleh para peserta dan berharap agar platform sebegini dapat terus menjadi medan memperkasakan potensi usahawan belia di Malaysia. Selamat maju jaya!

Image
Akademi Pembangunan Belia Malaysia Batu Gajah
KM 21, Lebuhraya Ipoh-Lumut
31560 Siputeh Perak
Tel : 05-3657072 | Fax : 05-3656187

apbm_bgajah@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/apbm-batugajah

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 28-07-2026, 21:23:27

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search