TAKLIMAT ETIKA DAN PROTOKOL PENJAWAT AWAM: PENAMPILAN, KOMUNIKASI DAN PROFESIONALISME DI TEMPAT KERJA

TRONOH, PERAK, 6 Mei 2026 – Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) Batu Gajah telah menganjurkan Taklimat Etika dan Protokol Penjawat Awam: Penampilan, Komunikasi dan Profesionalisme di Tempat Kerja bertempat di Dewan Tunku Abdul Rahman, APBM Batu Gajah, Perak.

Program yang disertai oleh pegawai dan kakitangan APBM Batu Gajah ini bertujuan memberikan pendedahan menyeluruh berkaitan kepentingan etika kerja, penampilan profesional, komunikasi berkesan serta pematuhan protokol dalam memperkukuh imej dan kredibiliti penjawat awam.

Taklimat telah disampaikan oleh Puan Anita binti Amri, Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan, Bahagian Korporat, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, yang telah berkongsi ilmu, panduan serta pengalaman praktikal berkaitan aspek penampilan diri, etika berpakaian, kebersihan, kekemasan, bahasa badan, serta teknik komunikasi yang jelas, tepat, sopan dan mudah difahami dalam berurusan dengan pelanggan, rakan sekerja serta pihak berkepentingan.

Perkongsian ini turut menekankan bahawa profesionalisme yang tinggi mampu membina kepercayaan, memperkukuh integriti, mengurangkan konflik serta mewujudkan budaya kerja yang lebih harmoni, produktif dan cemerlang.

APBM Batu Gajah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada penceramah jemputan atas perkongsian ilmu yang amat bernilai dan bermanfaat. Diharapkan segala ilmu dan input yang diperoleh dapat diaplikasikan secara berkesan dalam pelaksanaan tugasan harian serta memperkasakan mutu penyampaian perkhidmatan awam.

Image
Akademi Pembangunan Belia Malaysia Batu Gajah
KM 21, Lebuhraya Ipoh-Lumut
31560 Siputeh Perak
Tel : 05-3657072 | Fax : 05-3656187

apbm_bgajah@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/apbm-batugajah

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 13-05-2026, 15:48:01

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search