PERHIMPUNAN BULANAN AKADEMI PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA (APBM) BATU GAJAH, PERAK BIL. 1/2026

TRONOH, PERAK, 6 Mei 2026 – Cawangan Penyelarasan Data dan Promosi, Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) Batu Gajah telah menganjurkan Perhimpunan Bulanan APBM Batu Gajah Bil. 1/2026 yang melibatkan seluruh warga kerja APBM Batu Gajah.

Perhimpunan yang diadakan secara berkala ini menjadi medium penting dalam menyampaikan amanat, aspirasi serta hala tuju semasa Kementerian Belia dan Sukan (KBS) kepada seluruh warga kerja, di samping memperkukuh semangat kerjasama dan profesionalisme dalam organisasi.

Majlis turut diserikan dengan sambutan hari lahir kakitangan bagi bulan Januari hingga April 2026 sebagai tanda penghargaan serta usaha mengeratkan ukhuwah dalam kalangan warga APBM Batu Gajah.

Selain itu, majlis turut meraikan persaraan Encik Jamil Khair Bin Mohamad yang telah menamatkan perkhidmatan cemerlang selama 36 tahun dalam sektor perkhidmatan awam. Sepanjang kerjaya, beliau pernah berkhidmat di Jabatan Penjara Malaysia (1989–2011), Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) (2012–2015), Pusat Koreksional Batu Gajah (2015–2025) dan seterusnya di APBM Batu Gajah bermula September 2025 hingga April 2026.

APBM Batu Gajah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih atas segala jasa, komitmen serta dedikasi beliau sepanjang tempoh perkhidmatan. Semoga beliau sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, kebahagiaan dan kejayaan dalam fasa kehidupan yang baharu.

Image
Akademi Pembangunan Belia Malaysia Batu Gajah
KM 21, Lebuhraya Ipoh-Lumut
31560 Siputeh Perak
Tel : 05-3657072 | Fax : 05-3656187

apbm_bgajah@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/apbm-batugajah

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 13-05-2026, 15:48:01

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search