- APBM Batu Gajah
- Hits: 33
KUNJUNGAN HORMAT MAJLIS BELIA NEGERI PERAK KE AKADEMI PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA (APBM) BATU GAJAH, PERAK
- APBM Batu Gajah
- Hits: 33
TRONOH, PERAK, 27 APRIL 2026 – Majlis Belia Negeri Perak telah mengadakan satu kunjungan hormat ke Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) Batu Gajah dalam usaha memperkukuh jaringan kerjasama strategik antara kedua-dua pihak.
Delegasi Majlis Belia Negeri Perak diketuai oleh Presiden, Muhammad Naim Al Amin bin Saharudin, bersama Setiausaha Kehormat, Ahmad Syafiq bin Abdul Razak. Kehadiran mereka telah disambut mesra oleh Pengarah APBM Batu Gajah, Tuan Vijayan Kumar a/l Nadarajan.
Kunjungan ini merupakan satu platform rasmi untuk bertukar pandangan serta membincangkan potensi kerjasama dalam pelaksanaan program dan kursus berkaitan keusahawanan. Usaha ini bertujuan menarik penyertaan golongan belia serta memperkasa pembangunan kapasiti mereka dalam bidang perniagaan.
Selain mempererat hubungan antara kedua-dua institusi, pertemuan ini turut membuka ruang kepada perkongsian idea dan pengalaman, seterusnya membina persefahaman yang lebih kukuh ke arah kolaborasi jangka panjang. Inisiatif ini juga diharap dapat meningkatkan potensi serta minat belia dalam bidang keusahawanan secara lebih menyeluruh.
APBM Batu Gajah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih atas kunjungan rasmi ini. Diharapkan kerjasama yang terjalin akan terus diperkukuh demi menjayakan lebih banyak program berimpak tinggi dalam usaha memperkasa belia, sekali gus menyemai budaya keusahawanan dalam kalangan generasi muda.
