KUNJUNGAN HORMAT APBM BATU GAJAH KE PUSAT KOREKSIONAL BATU GAJAH

BATU GAJAH, PERAK, 8 APRIL 2026 – Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) Batu Gajah telah mengadakan kunjungan hormat ke Pusat Koreksional Batu Gajah yang diketuai oleh Tuan Vijayan Kumar a/l Nadarajan, Pengarah APBM Batu Gajah.

Ketibaan delegasi APBM Batu Gajah telah disambut mesra oleh PKP S. Tanabal a/l Socklingam, Pengarah Pusat Koreksional Batu Gajah. Kunjungan ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan dua hala di samping meneroka peluang kerjasama strategik antara kedua-dua institusi.

Sepanjang sesi kunjungan tersebut, satu taklimat ringkas telah disampaikan oleh pihak Pusat Koreksional Batu Gajah yang merangkumi aspek pengenalan, peranan serta fungsi pusat berkenaan dalam melaksanakan tanggungjawab pemulihan dan pembangunan sahsiah.

Lawatan ini diharapkan dapat menjadi pemangkin kepada jalinan kerjasama yang lebih kukuh dan berterusan antara kedua-dua pihak, khususnya dalam memperkasa pembangunan belia serta program pemulihan komuniti pada masa hadapan.

Image
Akademi Pembangunan Belia Malaysia Batu Gajah
KM 21, Lebuhraya Ipoh-Lumut
31560 Siputeh Perak
Tel : 05-3657072 | Fax : 05-3656187

apbm_bgajah@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/apbm-batugajah

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 01-05-2026, 11:04:38

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search