KUNJUNGAN HORMAT PUSAT KOREKSIONAL BATU GAJAH KE AKADEMI PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA (APBM) BATU GAJAH

TRONOH, PERAK, 2 APRIL 2026 – Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) Batu Gajah telah menerima kunjungan hormat daripada Pusat Koreksional Batu Gajah yang diketuai oleh PKP S.Tanabal a/l Socklingam, Pengarah Pusat Koreksional Batu Gajah.

Ketibaan beliau telah disambut mesra oleh Tuan Vijayan Kumar a/l Nadarajan, Pengarah APBM Batu Gajah. Kunjungan ini bertujuan untuk mengadakan sesi perbincangan dua hala serta meninjau fasiliti dan kemudahan yang disediakan di APBM Batu Gajah.

Dalam sesi tersebut, satu taklimat ringkas telah disampaikan oleh Tuan Vijayan Kumar a/l Nadarajan yang merangkumi pengenalan, peranan serta fungsi APBM Batu Gajah sebagai institusi pembangunan belia yang komprehensif.

Pihak APBM Batu Gajah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih atas kunjungan hormat yang telah diadakan. Lawatan ini diharapkan dapat menjadi pemangkin kepada jalinan kerjasama strategik yang lebih erat antara kedua-dua pihak pada masa akan datang.

Kunjungan ini turut mencerminkan komitmen berterusan APBM Batu Gajah dalam memperluaskan jaringan kerjasama strategik bersama pelbagai agensi dan organisasi di peringkat nasional. Sehubungan itu, APBM Batu Gajah sentiasa mengalu-alukan kehadiran agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta komuniti setempat untuk memanfaatkan kemudahan dan fasiliti yang disediakan di institusi ini.

Image
Akademi Pembangunan Belia Malaysia Batu Gajah
KM 21, Lebuhraya Ipoh-Lumut
31560 Siputeh Perak
Tel : 05-3657072 | Fax : 05-3656187

apbm_bgajah@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/apbm-batugajah

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 13-05-2026, 15:48:01

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search