SILAMBAM ARIMA FIRST GRADING SESSION 2026

TRONOH, PERAK, 28 MAC 2026 - Persatuan Silambam Perak Tengah (Silambam Arima) telah berjaya menganjurkan Majlis Graduan Pertama 2026 di Dewan Serbaguna Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) Batu Gajah dengan penuh semangat, disiplin dan komitmen tinggi.

Program ini bertujuan memperkukuh seni mempertahankan diri tradisional Silambam, di samping melahirkan belia yang berdisiplin, berdaya tahan serta memiliki semangat juang yang tinggi.

Selain itu, penganjuran program ini turut menyokong inisiatif Bahagian Pembangunan Rakan Muda, Jabatan Belia dan Sukan Negara melalui Gaya Hidup Rakan Aktif, dalam usaha membudayakan gaya hidup sihat, aktif dan produktif dalam kalangan belia.

Majlis telah dirasmikan oleh Tuan Vijayan Kumar a/l Nadarajan, Pengarah APBM Batu Gajah merangkap Penasihat Persatuan. Dalam ucapannya, beliau menekankan kepentingan program sebegini dalam memartabatkan warisan budaya serta membentuk kepimpinan belia masa hadapan.

APBM Batu Gajah sentiasa komited menyokong pelbagai program komuniti dan mengalu-alukan penyewaan fasiliti bagi penganjuran aktiviti yang bermanfaat kepada masyarakat.

Image
Akademi Pembangunan Belia Malaysia Batu Gajah
KM 21, Lebuhraya Ipoh-Lumut
31560 Siputeh Perak
Tel : 05-3657072 | Fax : 05-3656187

apbm_bgajah@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/apbm-batugajah

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 13-05-2026, 15:48:01

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search