- APBM Batu Gajah
- Hits: 29
CERAMAH RAMADAN " PAKEJ PAHALA RAMADAN" DAN MAJLIS BERBUKA PUASA PERDANA APBM BATU GAJAH
- APBM Batu Gajah
- Hits: 29
TRONOH, PERAK, 16 MAC 2026 – Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) Batu Gajah telah menganjurkan program kerohanian iaitu Ceramah Ramadan yang bertajuk " Pakej Pahala Ramadan" Dan Majlis Berbuka Puasa Perdana APBM Batu Gajah.
Program dimulakan dengan ceramah Ramadan bertajuk “Pakej Pahala Ramadan” yang disampaikan oleh Ustaz Mohamad Ali Sabri bin Abdul Rahman, Pengarah Urusan Pikats Travel And Tours. Majlis turut diisi dengan berbuka puasa berjemaah, Solat Fardhu Maghrib dan Isyak, Solat Sunat Terawih serta jamuan moreh. Program ini bertujuan memperkukuh penghayatan Ramadan, perkongsian ilmu serta mengeratkan hubungan silaturahim antara warga APBM dan agensi jemputan.
Majlis turut dihadiri oleh kakitangan APBM Batu Gajah bersama keluarga, wakil Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak, IKBN Seri Iskandar, Pejabat Kesihatan Daerah Kinta, Pejabat Pendidikan Daerah Kinta Selatan, Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Utara, Balai Bomba Seri Iskandar, Balai Polis Pusing, IPD Perak Tengah serta Universiti Teknologi PETRONAS (UTP) Seri Iskandar.
APBM Batu Gajah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini. Diharapkan program seumpama ini dapat diteruskan pada masa hadapan dalam usaha memperkukuh penghayatan nilai kerohanian serta ukhuwah dalam kalangan agensi kerajaan. Semoga segala usaha ini mendapat keberkatan dan keredaan Allah SWT, serta dipermudahkan segala urusan kita di dunia dan di akhirat.
