AKADEMI AINSDALE (M) SDN. BHD. ADAKAN KUNJUNGAN HORMAT KE AKADEMI PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA (APBM) BATU GAJAH PERKUKUH USAHA PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN BELIA

TRONOH, PERAK, 4 MAC 2026 – Akademi Ainsdale (M) Sdn. Bhd. telah mengadakan kunjungan hormat ke Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) Batu Gajah sebagai langkah memperkukuhkan kerjasama strategik dalam bidang pembangunan dan latihan keusahawanan belia.

Delegasi yang diterajui oleh Encik Khairul Anuar Rusli, Pengarah Urusan syarikat berkenaan telah disambut oleh Tuan Vijayan Kumar a/l Nadarajan, Pengarah APBM Batu Gajah  bersama barisan pengurusan akademi. Dalam sesi tersebut, Encik Tines Kumar a/l M Lingam, Timbalan Pengarah APBM Batu Gajah telah menyampaikan taklimat ringkas mengenai latar belakang akademi, kemudahan fasiliti yang disediakan serta kejayaan pelaksanaan kursus-kursus yang memberi manfaat kepada golongan belia.

Pertemuan dua hala ini memberi fokus kepada perbincangan berkaitan pelaksanaan program dan kursus keusahawanan yang berimpak tinggi. Kerjasama ini bertujuan meningkatkan kesedaran belia terhadap peluang perniagaan, di samping membentuk bakal usahawan yang berpengetahuan, berdisiplin dan berkemahiran dalam pengurusan perniagaan secara profesional.

Selain itu, kunjungan ini turut membuka ruang kepada kedua-dua pihak untuk meneroka potensi kolaborasi jangka panjang, sekali gus memperkukuh peranan APBM Batu Gajah sebagai institusi yang komited dalam membangunkan potensi dan kemahiran keusahawanan dalam kalangan belia. Hubungan yang terjalin ini juga dilihat mampu mewujudkan platform kerjasama langsung antara sektor industri dan institusi latihan.

Diharapkan jalinan kerjasama ini akan menjadi pemangkin kepada pelaksanaan lebih banyak program pembangunan belia yang berteraskan perniagaan dan keusahawanan, seterusnya menyumbang kepada pemerkasaan ekonomi belia dan pembangunan negara secara menyeluruh.

APBM Batu Gajah merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih atas kunjungan rasmi tersebut serta berharap hubungan strategik ini akan terus diperkukuh demi manfaat bersama.

 

 

Image
Akademi Pembangunan Belia Malaysia Batu Gajah
KM 21, Lebuhraya Ipoh-Lumut
31560 Siputeh Perak
Tel : 05-3657072 | Fax : 05-3656187

apbm_bgajah@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/apbm-batugajah

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 25-03-2026, 08:57:50

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search