PERBINCANGAN PELAKSANAAN PROGRAM STRATEGIK EKONOMI BELIA-TEKNIK PENANAMAN NANAS

GOPENG, PERAK, 24 FEBRUARI 2026 – Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) Batu Gajah terus komited memperkasa belia dalam bidang agro keusahawanan menerusi Perbincangan Pelaksanaan Program Strategik Ekonomi Belia-Teknik Penanaman Nanas.

Sehubung dengan itu, satu sesi perbincangan telah berlangsung antara Puan Suhaini binti Samsudin, Ketua Cawangan Penyelarasan dan Strategik APBM Batu Gajah, bersama Encik Mohd Izzuwan bin Abu Hassan, Penolong Pegawai Ehwal Ekonomi Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia Cawangan Negeri Perak, Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC), Gopeng, Perak.

Perbincangan memfokuskan kepada pembangunan modul kursus yang merangkumi aspek perancangan tanaman, penggredan pembenihan nanas, pemilihan kawasan tanaman yang bersesuaian serta penyediaan peralatan dan keperluan kursus. Selain itu, sasaran penyertaan belia berumur 18 hingga 30 tahun turut diperincikan bagi memastikan program ini mencapai objektif pembangunan belia secara menyeluruh.

Turut dibincangkan ialah penglibatan agensi berkaitan seperti Jabatan Pertanian Negeri Perak dan institusi pertanian, serta perkongsian pengalaman ikon usahawan tani yang berjaya memperoleh geran daripada Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan sebagai inspirasi kepada peserta.

Kerjasama strategik antara APBM Batu Gajah dan agensi kerajaan ini dijangka akan diteruskan bagi penganjuran siri latihan seterusnya, sekali gus memperluas impak positif program dan memberi manfaat berterusan kepada golongan belia dalam memperkukuh keupayaan serta daya saing dalam bidang keusahawanan agro.

Image
Akademi Pembangunan Belia Malaysia Batu Gajah
KM 21, Lebuhraya Ipoh-Lumut
31560 Siputeh Perak
Tel : 05-3657072 | Fax : 05-3656187

apbm_bgajah@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/apbm-batugajah

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 25-03-2026, 08:57:50

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search