- APBM Batu Gajah
- Hits: 58
SESI LIBAT URUS PERANCANGAN PROGRAM JBSN 2026 PERKUKUH HALA TUJU STRATEGIK PEMBANGUNAN BELIA
- APBM Batu Gajah
- Hits: 58
PULAU PINANG, 12 FEBRUARI 2026 – Pengurusan tertinggi Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) yang diketuai oleh Puan Azura Abidin telah mengadakan Sesi Libat Urus Perancangan Program JBSN 2026 sebagai usaha memperkukuh perancangan serta pelaksanaan program belia di seluruh negara.
Sesi libat urus ini bertujuan memperincikan hala tuju strategik JBSN bagi tahun 2026 dengan memberi penekanan kepada penyelarasan perancangan program agar dilaksanakan secara lebih tersusun, berfokus dan konsisten. Pendekatan ini diambil bagi memastikan setiap inisiatif yang dirangka mampu memberi impak tinggi serta manfaat menyeluruh kepada golongan belia dan komuniti sukan. Selain itu, perbincangan turut menumpukan kepada pelaksanaan program sepanjang tahun secara lebih sistematik dan inklusif, selaras dengan keperluan kumpulan sasar di peringkat akar umbi.
Turut hadir dalam sesi tersebut ialah Tuan Vijayan Kumar a/l Ndarajan, Pengarah Akademi Pembangunan Belia Malaysia Batu Gajah, bersama pegawai-pegawai dari Bahagian Latihan, yang bersama-sama menyumbang pandangan dan cadangan konstruktif ke arah penambahbaikan pelaksanaan program JBSN pada masa hadapan.
