- APBM Batu Gajah
- Hits: 57
PROGRAM IHYA RAMADAN ANJURAN SUK PERAK SEMPENA MENYAMBUT KETIBAAN BULAN MULIA
- APBM Batu Gajah
- Hits: 57
IPOH, PERAK, 11 FEBRUARI 2026 – Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (SUK Perak) telah menganjurkan Program Ihya Ramadan: Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadan sebagai persediaan menyambut ketibaan bulan Ramadan yang bakal menjelang tidak lama lagi. Program ini telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Bankuet, Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh.
Penganjuran program ini bertujuan untuk meningkatkan penghayatan kerohanian dan amalan ibadah dalam kalangan penjawat awam serta warga kerja negeri Perak. Antara fokus utama program adalah melatih diri untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT melalui peningkatan kualiti ibadah seperti solat sunat tarawih, tadarus al-Quran serta pengisian tazkirah dan nasihat keagamaan.
Selain itu, program ini juga berperanan sebagai medium untuk memperkukuh ukhuwah Islamiyah, seterusnya merapatkan hubungan silaturahim dalam suasana harmoni dan penuh keberkatan menjelang bulan Ramadan. Pengisian program telah disampaikan oleh Ustaz Haji Jafri bin Abu Bakar, seorang Pendakwah Bebas.
Program ini turut diserikan dengan penyertaan pegawai daripada Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) Batu Gajah, sekali gus mencerminkan sokongan berterusan terhadap inisiatif keagamaan anjuran kerajaan negeri.
