- APBM Batu Gajah
- Hits: 45
MESYUARAT JAWATANKUASA KESELAMATAN DAN KESIHATAN APBM BATU GAJAH BERSAMA KONTRAKTOR KESELAMATAN BIL. 1 TAHUN 2026
- APBM Batu Gajah
- Hits: 45
TRONOH, PERAK, 6 FEBRUARI 2026 – Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) Batu Gajah telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan APBM Batu Gajah Bersama Kontraktor Keselamatan Bil. 1 Tahun 2026 bertempat di Bilik Gerakan APBM Batu Gajah.
Mesyuarat bersama kontraktor keselamatan, Syarikat RHM Indah Kawalan Sdn. Bhd. ini telah dipengerusikan oleh Tuan Vijayan Kumar a/l Nadarajan, Pengarah APBM Batu Gajah. Turut hadir adalah Encik Maria Prakasam, Pengurus Syarikat RHM Indah Kawalan Sdn. Bhd., Encik Abbas Maamud, Pegawai Operasi, Encik S. Manimaran, Ketua Pengawal Keselamatan dan pegawai-pegawai APBM Batu Gajah yang terlibat secara langsung dalam pengurusan keselamatan dan kesihatan.
Mesyuarat ini memberi tumpuan kepada perbincangan aspek pemantauan keselamatan, pematuhan prosedur operasi standard (SOP) serta pengukuhan etika kerja dalam kalangan anggota keselamatan dan sebagainya. Langkah-langkah ini adalah selaras dengan komitmen APBM Batu Gajah dalam memastikan persekitaran kerja yang selamat, kondusif dan terjamin untuk seluruh warga kerja serta pelatih.
Pihak pengurusan APBM Batu Gajah berharap agar pemantauan keselamatan dipertingkatkan dari semasa ke semasa, manakala pihak kontraktor keselamatan pula sentiasa mengekalkan tahap profesionalisme dan disiplin kerja yang tinggi demi menjamin keselamatan institusi secara menyeluruh.
