- APBM Batu Gajah
- Hits: 14
LAWATAN PEMERIKSAAN KESELAMATAN BAGI TUJUAN MENCEGAH KEBAKARAN DI AKADEMI PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA (APBM) BATU GAJAH
- APBM Batu Gajah
- Hits: 14
TRONOH, PERAK, 30 JANUARI 2026 – Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) Batu Gajah telah menerima Lawatan Pemeriksaan Keselamatan bagi Tujuan Mencegah Kebakaran yang dilaksanakan oleh Balai Bomba dan Penyelamat Batu Gajah, selaras dengan peruntukan Akta Perkhidmatan Bomba 1988.
Lawatan pemeriksaan ini telah diketuai oleh Encik Mohd Daflizan bin Mohd Daud, Pegawai Bomba Kanan II, Penyelia PSK B, bersama beberapa orang pegawai bomba yang terlibat. Pemeriksaan tersebut merangkumi aspek keselamatan pencegahan kebakaran bagi memastikan semua sistem dan peralatan berkaitan berada dalam keadaan baik, berfungsi dengan sempurna serta mematuhi piawaian keselamatan yang ditetapkan.
Pelaksanaan pemeriksaan ini bertujuan untuk meningkatkan tahap kesiapsiagaan dan keselamatan di kawasan APBM Batu Gajah, khususnya dalam mengurangkan risiko kebakaran serta melindungi warga kerja dan pelatih akademi.
APBM Batu Gajah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak Balai Bomba dan Penyelamat Batu Gajah atas kerjasama serta komitmen yang diberikan dalam memastikan persekitaran akademi sentiasa berada pada tahap keselamatan yang optimum.
