- APBM Batu Gajah
- Hits: 23
SESI BACAAN IKRAR PERAKUAN AKTA RAHSIA RASMI 1972 (AKTA 88) BAGI TAHUN 2026 AKADEMI PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA (APBM) BATU GAJAH
- APBM Batu Gajah
- Hits: 23
TRONOH, PERAK, 27 JANUARI 2026 – Warga kerja Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) Batu Gajah telah menyempurnakan Sesi Bacaan Ikrar Perakuan Akta Rahsia Rasmi 1972 (Akta 88) bagi Tahun 2026 sebagai komitmen berterusan dalam memelihara kerahsiaan maklumat rasmi kerajaan.
Sesi ikrar ini telah diketuai oleh Tuan Vijayan Kumar a/l Nadarajan, Pengarah APBM Batu Gajah, dan disertai oleh seluruh warga kerja akademi. Lafaz ikrar tersebut melambangkan kesungguhan dan tanggungjawab warga APBM Batu Gajah dalam mengekalkan tahap integriti, akauntabiliti serta pematuhan sepenuhnya terhadap peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.
Pelaksanaan sesi ini turut mencerminkan komitmen APBM Batu Gajah untuk terus mengamalkan budaya kerja yang profesional, berintegriti dan beretika dalam melaksanakan amanah perkhidmatan awam, sejajar dengan aspirasi Malaysia MADANI.
