- APBM Batu Gajah
- Hits: 34
MAJLIS BACAAN YASSIN DAN DOA SELAMAT APBM BATU GAJAH
- APBM Batu Gajah
- Hits: 34
TRONOH, PERAK, 16 JANUARI 2026 – Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) Batu Gajah telah menganjurkan Majlis Bacaan Yassin dan Doa Selamat bertempat di Surau At-Taqwa, APBM Batu Gajah.
Majlis yang penuh keberkatan ini telah dipimpin oleh Ustaz Azmishar bin Anuar, Imam Masjid Toh Puan Besar Hatijah, Batu Gajah, dihadiri oleh pegawai dan kakitangan APBM Batu Gajah serta pekerja kebersihan dan landskap.
Penganjuran majlis ini bertujuan untuk memohon doa keselamatan, perlindungan, kesejahteraan dan keberkatan daripada Allah SWT agar seluruh warga kerja APBM Batu Gajah sentiasa dilindungi daripada sebarang keburukan, musibah dan malapetaka. Selain itu, doa turut dipanjatkan agar segala urusan dan amanah yang dipikul dapat dilaksanakan dengan lancar, aman serta diredhai Allah SWT, bukan sahaja di dunia bahkan di akhirat.
Majlis ini juga menjadi platform penting dalam memperkukuhkan ukhuwah dan hubungan silaturahim antara pegawai, kakitangan serta warga sokongan APBM Batu Gajah, sekali gus mewujudkan suasana kerja yang harmoni dan berteraskan nilai-nilai murni.
Pihak APBM Batu Gajah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Ustaz Azmishar bin Anuar atas kesudian beliau mengetuai Bacaan Yassin serta Doa Selamat. Semoga segala usaha dan penganjuran majlis ini mendapat keberkatan daripada Allah SWT serta dipermudahkan segala urusan seluruh warga APBM Batu Gajah di dunia dan di akhirat.
