- APBM Batu Gajah
- Hits: 51
LAWATAN USAHAWAN BELIA NIAGA TERAKHIR PENUTUP PROGRAM TAHUN 2025
- APBM Batu Gajah
- Hits: 51
SUNGAI PETANI, KEDAH, 17 DISEMBER 2025 – Cawangan Pembangunan Latihan, Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) Batu Gajah, Perak telah melaksanakan Lawatan Usahawan Belia Niaga terakhir bagi tahun 2025 sebagai penutup kepada pelaksanaan program pembangunan keusahawanan belia sepanjang tahun ini.
Lawatan tersebut telah diadakan ke Syarikat Tok Abah Resources, sebuah perusahaan milik usahawan belia tempatan, Puan Nursyaairah binti Ruslan, yang beroperasi di No. 6, Jalan Sutera Idaman, Taman Sutera Idaman, 08000 Sungai Petani, Kedah.
Tok Abah Resources mengusahakan perniagaan dalam bidang pembuatan makanan ringan, khususnya produk popcorn, yang menjadi pilihan pengguna tempatan. Antara kelebihan utama produk keluaran syarikat ini ialah kepelbagaian saiz dan perisa, sekali gus memberi nilai tambah serta fleksibiliti kepada keperluan pasaran.
Dalam sesi perkongsian, pihak syarikat turut menjelaskan cabaran utama yang dihadapi dalam perniagaan, iaitu persaingan yang semakin sengit dalam industri makanan ringan. Walau bagaimanapun, syarikat ini terus berusaha mengekalkan kualiti produk dan memperkukuh jenama bagi memastikan kelangsungan serta daya saing perniagaan. Produk Tok Abah Resources dipasarkan dalam komuniti setempat dan pasaran luar daripada negeri Kedah.
Secara keseluruhannya, lawatan penutup tahun ini telah memberikan pendedahan bermakna kepada peserta serta menjadi platform perkongsian pengalaman terbaik dalam bidang keusahawanan. Program ini turut mencerminkan komitmen berterusan APBM Batu Gajah dalam menyokong dan memperkasa usahawan belia ke arah pembangunan ekonomi yang mampan.
