LAWATAN USAHAWAN BELIA NIAGA KE MYGERAK IMPORT EXPORT SDN. BHD.

SUNGAI PETANI, KEDAH, 17 DISEMBER 2025 – Cawangan Pembangunan Latihan, Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) Batu Gajah, Perak telah menganjurkan Lawatan Usahawan Belia Niaga ke MyGerak Import Export Sdn. Bhd.,sebuah syarikat milik usahawan belia tempatan, Encik Muhammad Nabill Fikri bin Mohd Fadrol Hishaini.

Lawatan tersebut telah diadakan di premis syarikat yang beralamat di Lot 13, Lorong Saga 1/9, Taman Perusahaan Saga, 08000 Sungai Petani, Kedah. MyGerak Import Export Sdn. Bhd. telah beroperasi sejak dua tahun lalu dan terlibat secara aktif dalam industri Food & Beverage (F&B), khususnya pengeluaran produk minuman segera seperti Instant Coffee, Tea, Instant Cocoa dan Instant Matcha. Syarikat ini turut menawarkan perkhidmatan OEM (Original Equipment Manufacturer) serta memberi tumpuan kepada pasaran eksport sebagai kelebihan daya saing utama.

Bagi menyokong pertumbuhan perniagaan, syarikat ini telah menerima bantuan di bawah program SME Corp Tunas 9.0, yang membantu memperkukuh operasi dan pembangunan kapasiti perniagaan. Produk keluaran MyGerak Import Export Sdn. Bhd. dipasarkan melalui platform dalam talian menerusi laman web rasmi syarikat, sejajar dengan keperluan pasaran digital masa kini.

Walau bagaimanapun, pihak syarikat turut berkongsi cabaran utama yang dihadapi, iaitu kapasiti pengeluaran yang terhad bagi memenuhi permintaan pasaran yang semakin meningkat. Sehubungan itu, keperluan latihan dalam bidang Managing Manufacturing dikenal pasti sebagai antara aspek penting bagi meningkatkan kecekapan operasi dan skala pengeluaran syarikat.

Lawatan ini membuktikan komitmen APBM Batu Gajah dalam menyelami realiti sebenar yang dihadapi oleh usahawan belia dan berusaha mencari solusi latihan yang relevan untuk menyokong pertumbuhan perniagaan mereka.

Image
Akademi Pembangunan Belia Malaysia Batu Gajah
KM 21, Lebuhraya Ipoh-Lumut
31560 Siputeh Perak
Tel : 05-3657072 | Fax : 05-3656187

apbm_bgajah@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/apbm-batugajah

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-02-2026, 15:28:53

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search