- APBM Batu Gajah
- Hits: 62
SESI PENYAMPAIAN CERAMAH “GAYA, IMEJ DAN KEYAKINAN PELAJAR”
- APBM Batu Gajah
- Hits: 62
TELUK INTAN, PERAK, 11 DISEMBER 2025 – Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) Batu Gajah telah mengadakan sesi ceramah bertajuk “Gaya, Imej Dan Keyakinan Pelajar” serta perkongsian ringkas mengenai Program APBMBG dan inisiatif Rakan Muda. Program ini berlangsung di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Manik, Teluk Intan.
Ceramah telah disampaikan oleh En. Tines Kumar a/l M. Lingam, Timbalan Pengarah APBM Batu Gajah. Beliau juga memberi sedikit pencerahan mengenai peranan serta fungsi APBM Batu Gajah dalam memperkasa pembangunan belia di peringkat akar umbi, khususnya dalam bidang keusahawanan selaras dengan moto “Mengilmukan Usahawan Belia”.
Beliau turut menekankan bahawa APBM Batu Gajah menyediakan pelbagai kemudahan yang boleh dimanfaatkan oleh agensi kerajaan, swasta, NGO serta komuniti setempat bagi menyokong aktiviti pembangunan modal insan dan kebajikan belia.
Selain itu, En. Tines Kumar juga turut memberikan penerangan mengenai inisiatif Rakan Muda, merangkumi 10 kluster aktif iaitu Rakan Aktif, Rakan Bumi, Rakan Demokrasi, Rakan Digital, Rakan Ekspresi, Rakan Litar, Rakan Mahir, Rakan Muzik, Rakan Niaga dan Rakan Prihatin.
APBM Batu Gajah komited untuk meneruskan pelaksanaan program seumpama ini dari semasa ke semasa bagi memperluas jaringan kolaborasi serta meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap peranan APBM dalam pembangunan belia negara.
