- APBM Batu Gajah
- Hits: 79
CERAMAH “MAKANAN SIHAT MENJAMIN KESIHATAN YANG BAIK” PERKUKUH KESEDARAN GAYA HIDUP SIHAT
- APBM Batu Gajah
- Hits: 79
TRONOH, PERAK, 9 DISEMBER 2025 – Satu sesi ceramah bertajuk “Makanan Sihat Menjamin Kesihatan Yang Baik” telah berjaya dianjurkan di Dewan Tunku Abdul Rahman dengan penyertaan warga Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) Batu Gajah. Ceramah ini telah disampaikan oleh Pn. Suriati binti Abdul Rahman, Pegawai Sains Pemakanan dari Pejabat Kesihatan Daerah Kinta.
Ceramah ini menekankan kepentingan penjagaan pemakanan sebagai asas kepada kesihatan yang baik. Antara intipati utama yang dikongsikan termasuklah kepentingan pengambilan makanan seimbang, mengamalkan prinsip sederhana dalam pemakanan, menjaga berat badan ideal serta mempraktikkan aktiviti fizikal seperti bersukan dan berjoging. Dalam perkongsian itu disampaikan juga mengenai kaedah penyediaan makanan rendah lemak dan minyak, penyediaan minuman rendah gula, serta pilihan makanan yang lebih sihat bagi mengurangkan risiko penyakit.
Penganjuran ceramah ini dilihat sebagai inisiatif penting dalam memperkukuh ilmu dan kesedaran warga APBM Batu Gajah mengenai gaya hidup sihat. Program seperti ini wajar diteruskan bagi membudayakan amalan hidup sihat bukan sahaja dalam kalangan kakitangan APBM Batu Gajah, malah dalam masyarakat secara umum.
