MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN APBM BATU GAJAH BILANGAN 5/2025 PERKUKUH KOMUNIKASI DAN PEMBUDAYAAN NILAI KERJA

TRONOH, PERAK, 9 DISEMBER 2025 – Bahagian Pengurusan Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) Batu Gajah telah menganjurkan Majlis Perhimpunan Bulanan Bilangan 5/2025 bertempat di Dewan Tunku Abdul Rahman, APBM Batu Gajah.

Majlis ini melibatkan penyertaan penuh seluruh kakitangan APBM Batu Gajah sebagai usaha memperkukuh hubungan kerja serta menyelaras maklumat terkini organisasi. Majlis perhimpunan yang diadakan secara berkala ini berfungsi sebagai wadah penting bagi pihak pengurusan menyampaikan perutusan, amanat, serta maklumat semasa daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS). Inisiatif ini turut membantu memastikan setiap warga kerja sentiasa peka terhadap hala tuju, dasar dan pelaksanaan program kementerian.

Majlis diteruskan dengan tayangan video sorotan program-program APBM Batu Gajah yang telah berjaya dilaksanakan sepanjang November 2025, menampilkan pencapaian serta penglibatan aktif warga kerja dalam pelbagai inisiatif pembangunan belia. Sesi turut diserikan dengan majlis meraikan sambutan hari lahir bagi kakitangan yang lahir pada bulan berkenaan sebagai penghargaan kepada warga APBM.

Perhimpunan ini disempurnakan dengan ucaptama dan perasmian oleh Tuan Vijayan Kumar a/l Nadarajan, Pengarah APBM Batu Gajah, yang menekankan kepentingan membudayakan nilai kekeluargaan, dedikasi, dan integriti sebagai tunjang kepada kecemerlangan organisasi serta menyemarakkan budaya kerja positif dalam kalangan warga APBM Batu Gajah.

Image
Akademi Pembangunan Belia Malaysia Batu Gajah
KM 21, Lebuhraya Ipoh-Lumut
31560 Siputeh Perak
Tel : 05-3657072 | Fax : 05-3656187

apbm_bgajah@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/apbm-batugajah

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-02-2026, 15:28:53

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search