LAWATAN USAHAWAN BELIA NIAGA KE SYARIKAT ROBUST SPORT SDN. BHD.

IPOH, PERAK, 17 NOVEMBER 2025 – Cawangan Penyelarasan Data dan Promosi, Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) Batu Gajah telah menganjurkan Lawatan Usahawan Belia Niaga ke Syarikat Robust Sport Sdn. Bhd., bertempat di No. 68, PT 108B, Jalan Ghazali Jawi, Taman Westpool, Ipoh.

Nur Shammi Alia binti Suhaimi merupakan salah seorang pemilik dan pengasas Robust Sport Sdn. Bhd., telah beroperasi sejak dua tahun lalu dan kini berkembang pesat sebagai penyedia perkhidmatan fisioterapi khususnya dalam pemulihan dan terapi sukan.

Sepanjang sesi lawatan, pihak APBM Batu Gajah telah diberi penerangan mendalam mengenai proses rawatan, penggunaan teknologi semasa dalam fisioterapi, serta kaedah latihan pemulihan kecederaan. Perkongsian pengalaman oleh pengasas syarikat turut memberi inspirasi kepada usahawan belia untuk meningkatkan kualiti perniagaan masing-masing melalui inovasi dan kepakaran.

Untuk maklumat lanjut mengenai perkhidmatan Robust Sport, orang ramai boleh mengikuti platform rasmi mereka di Facebook, Twitter dan Telegram menerusi akaun media sosial ROBUSTSPORTREHAB.

Image
Akademi Pembangunan Belia Malaysia Batu Gajah
KM 21, Lebuhraya Ipoh-Lumut
31560 Siputeh Perak
Tel : 05-3657072 | Fax : 05-3656187

apbm_bgajah@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/apbm-batugajah

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 02-12-2025, 13:13:59

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search