MAJLIS PENTAULIAHAN PROFESIONALISME KERJA BELIA KALI KE-2 TAHUN 2025

SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN, 11 NOVEMBER 2025 – Majlis Pentauliahan Profesionalisme Kerja Belia Kali Ke-2 Tahun 2025 telah berlangsung dengan jayanya di Klana Resort Seremban, Negeri Sembilan.

Majlis berprestij anjuran Kementerian Belia dan Sukan (KBS) ini diadakan sebagai pengiktirafan kepada kumpulan pekerja belia yang memiliki kepakaran melalui latihan dan kemahiran khusus yang diiktiraf di bawah Standard Kemahiran Pekerja Kebangsaan (NOSS).

Turut hadir adalah Tuan Vijayan Kumar a/l Nadarajan, Pengarah Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) Batu Gajah, Perak. Seluruh warga APBM Batu Gajah merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua penerima pentauliahan atas kejayaan dan komitmen dalam memartabatkan profesionalisme kerja belia di Malaysia.

  “Profesionalisme Cerminan Kecemerlangan Belia Negara.”

Image
Akademi Pembangunan Belia Malaysia Batu Gajah
KM 21, Lebuhraya Ipoh-Lumut
31560 Siputeh Perak
Tel : 05-3657072 | Fax : 05-3656187

apbm_bgajah@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/apbm-batugajah

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 02-12-2025, 13:13:59

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search