PROGRAM PEMANTAPAN ORGANISASI (MINDA POSITIF) TAHUN 2025 APBM BATU GAJAH

SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN, 9 NOVEMBER 2025 – Bahagian Pengurusan dan Pentadbiran Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) Batu Gajah, Perak telah menganjurkan Program Pemantapan Organisasi (Minda Positif) bertempat di OE Resort, Negeri Sembilan bermula pada 7 hingga 9 November 2025. Program ini disertai sepenuhnya oleh pegawai dan staf APBM Batu Gajah.

Penganjuran program ini bertujuan untuk membina sikap positif serta meningkatkan motivasi dalam kalangan kakitangan agar lebih berdaya saing, berfikiran terbuka, dan mampu berinteraksi secara efektif di tempat kerja. Melalui pelbagai aktiviti yang dilaksanakan, peserta diberi peluang untuk membentuk persefahaman, membina hubungan baik serta mengamalkan kerjasama yang harmoni demi mencapai matlamat jabatan secara bersama.

Antara aktiviti menarik yang dijalankan sepanjang program termasuk interactive mini games, flying fox, wall climbing, camp fire, tarik tali, bola tampar dan water polo. Aktiviti-aktiviti ini bukan sahaja mencetuskan suasana ceria dan penuh semangat, malah turut menjadi medium terbaik dalam memupuk nilai kepercayaan, komunikasi serta kepimpinan dalam pasukan.

Turut hadir memeriahkan program adalah Tuan Vijayan Kumar a/l Nadarajan, Pengarah APBM Batu Gajah, yang menyampaikan penghargaan kepada semua warga kerja atas komitmen dan dedikasi mereka dalam menjayakan program ini.

Tahniah diucapkan kepada barisan urus setia serta semua peserta yang telah memberikan kerjasama padu sepanjang program berlangsung. Semoga usaha ini menjadi pemangkin kepada pembentukan pasukan kerja yang lebih dinamik, positif dan produktif di masa hadapan.

Image
Akademi Pembangunan Belia Malaysia Batu Gajah
KM 21, Lebuhraya Ipoh-Lumut
31560 Siputeh Perak
Tel : 05-3657072 | Fax : 05-3656187

apbm_bgajah@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/apbm-batugajah

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 02-12-2025, 13:13:59

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search