- APBM Batu Gajah
- Hits: 26
PERASMIAN PENUTUP KURSUS USAHAWAN KREATIF (PHOTOGRAPHY & VIDEOGRAPHY BY SMARTPHONE) SIRI 2/2025
- APBM Batu Gajah
- Hits: 26
TRONOH, PERAK, 31 OKTOBER 2025 – Cawangan Pengembangan dan Inovasi, Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) Batu Gajah, Perak telah berjaya menganjurkan Kursus Usahawan Kreatif (Photography & Videography by Smartphone) Siri 2/2025 yang bermula pada 29 hingga 31 Oktober 2025 bertempat di APBM Batu Gajah.
Penganjuran kursus ini bertujuan untuk memberikan pendedahan, kemahiran serta kefahaman kepada para peserta khususnya golongan belia usahawan dalam menghasilkan kandungan visual yang menarik menggunakan peranti pintar (smartphone). Pendekatan ini bukan sahaja menjimatkan kos, malah efektif dalam memperkukuh strategi pemasaran digital, selaras dengan arus kemajuan teknologi dan tuntutan globalisasi masa kini.
Sepanjang kursus berlangsung, peserta telah didedahkan dengan pelbagai modul praktikal dan teori berkaitan teknik penggambaran dan penyuntingan kandungan digital. Perkongsian ilmu telah disampaikan oleh En. Hazril Hafiz bin Ab. Rahman (Infinity Solutions) dan En. Engku Anwar Hilmi, yang memberikan panduan dan inspirasi yang kreatif serta berimpak tinggi.
Majlis perasmian penutup kursus ini telah disempurnakan oleh Tuan Vijayan Kumar a/l Nadarajan, Pengarah APBM Batu Gajah, Perak. Dalam ucapannya, beliau menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat serta menggalakkan para peserta untuk terus mengaplikasikan ilmu yang diperoleh demi memperkasa keusahawanan belia negara.
