PAMERAN INTERAKTIF AKADEMI PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA (APBM) BATU GAJAH MERIAHKAN KEMBARA JOM 2.0 ZON TENGAH

BESOUT, SUNGKAI, PERAK, 2 NOVEMBER 2025 – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) melalui Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) telah berjaya melaksanakan Program Kembara Jumpa Orang Muda (KEMBARA JOM) 2.0 Peringkat Zon Tengah yang berlangsung di Dewan Semai Bakti Besout 3, Sungkai, Perak. Program ini turut diserikan dengan kehadiran YB Adam Adli Abd Halim, Timbalan Menteri Belia dan Sukan.

Program yang bertujuan mendekati serta memperkasakan belia ini menghimpunkan pelbagai agensi kerajaan dan institusi berkaitan seperti IYRES, IKBNSI, Pejabat Pertubuhan Belia (ROY), Hospital Pantai Ipoh, Majlis Sukan Negeri Perak, PERKESO, KEMAS, PTPTN, KPDN, FAMA dan lain-lain. Turut diadakan sempena program ini ialah Jualan Rahmah Madani yang mendapat sambutan menggalakkan daripada masyarakat setempat.

Dalam program ini, Team Pameran dan Promosi APBM Batu Gajah turut mengambil bahagian dengan membuka booth pameran interaktif yang memfokuskan kepada pengenalan fungsi, peranan dan kemudahan latihan yang disediakan oleh APBM Batu Gajah. Antara tumpuan utama ialah perkongsian maklumat mengenai program pembangunan belia, latihan keusahawanan, bidang kemahiran, serta pelbagai inisiatif latihan yang dijalankan sepanjang tahun 2025.

Penyertaan ini bukan sahaja memberi peluang kepada masyarakat mengenali lebih dekat peranan APBM Batu Gajah sebagai pusat latihan belia unggul di bawah KBS, malah turut menjadi platform strategik untuk menarik penyertaan belia dalam pelbagai program pembangunan yang ditawarkan.

Image
Akademi Pembangunan Belia Malaysia Batu Gajah
KM 21, Lebuhraya Ipoh-Lumut
31560 Siputeh Perak
Tel : 05-3657072 | Fax : 05-3656187

apbm_bgajah@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/apbm-batugajah

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 02-12-2025, 13:13:59

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search