TAKLIMAT ePEROLEHAN (SEBUT HARGA & TENDER) PERKUKUH PEMAHAMAN WARGA APBM BATU GAJAH

TRONOH, PERAK, 28 OKTOBER 2025 – Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) Batu Gajah telah menganjurkan Taklimat ePerolehan (Sebut Harga & Tender) bertempat di Dewan Tunku Abdul Rahman, APBM Batu Gajah, Perak. Program yang melibatkan penyertaan pegawai serta kakitangan APBM Batu Gajah ini memberi pendedahan menyeluruh mengenai tatacara dan proses pelaksanaan sistem ePerolehan Kerajaan, khususnya berkaitan pengurusan sebut harga dan tender.

Taklimat telah disampaikan oleh Encik Muhammad Sollehin bin Hamid dari Kompleks Rakan Muda Bukit Kiara, Kuala Lumpur. Beliau telah berkongsi panduan serta pengalaman praktikal bagi penggunaan sistem ePerolehan Kerajaan bagi melancarkan urusan tender/sebutharga jabatan. Penganjuran taklimat ini diharap dapat meningkatkan kecekapan warga APBM Batu Gajah dalam melaksanakan tugasan perolehan secara telus, teratur dan selaras dengan prosedur kewangan kerajaan.

APBM Batu Gajah turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada penceramah jemputan atas perkongsian ilmu yang amat bernilai dan bermanfaat. Diharapkan ilmu yang diperoleh dapat diaplikasikan dengan sebaiknya dalam tugasan berkaitan sistem ePerolehan di masa hadapan.

Image
Akademi Pembangunan Belia Malaysia Batu Gajah
KM 21, Lebuhraya Ipoh-Lumut
31560 Siputeh Perak
Tel : 05-3657072 | Fax : 05-3656187

apbm_bgajah@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/apbm-batugajah

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 02-12-2025, 13:13:59

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search