- APBM Batu Gajah
- Hits: 25
PERHIMPUNAN BULANAN APBM BATU GAJAH BIL. 4/2025 TERUS SEMAI SEMANGAT KEKELUARGAAN WARGA KERJA
- APBM Batu Gajah
- Hits: 25
TRONOH, PERAK, 28 OKTOBER 2025 – Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) Batu Gajah terus memperkukuh budaya komunikasi dan nilai kebersamaan melalui Perhimpunan Bulanan Bil. 4/2025 yang diadakan di Dewan Tunku Abdul Rahman, APBM Batu Gajah.
Program anjuran Cawangan Pembangunan Latihan ini menjadi wadah penting dalam menyampaikan amanat semasa daripada pihak Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta mengukuhkan jalinan silaturahim antara warga kerja.
Majlis turut dimeriahkan dengan sesi penghargaan kepada warga kerja yang menyambut ulang tahun kelahiran serta penyampaian anugerah pekerja terbaik, sebagai tanda pengiktirafan terhadap komitmen dan sumbangan mereka kepada organisasi.
Suasana majlis turut diserikan dengan ucapan perpisahan daripada Puan Noraliana binti Mohd Alwi, mantan Ketua Pembantu Tadbir APBM Batu Gajah, yang kini bertukar ke Pusat Koreksional Batu Gajah. Beliau turut menerima penghargaan atas dedikasi sepanjang tempoh perkhidmatan di APBM Batu Gajah.
Perhimpunan ini disempurnakan dengan ucaptama dan perasmian oleh Tuan Vijayan Kumar a/l Nadarajan, Pengarah APBM Batu Gajah, yang menekankan kepentingan membudayakan nilai kekeluargaan, dedikasi, dan integriti sebagai tunjang kepada kecemerlangan organisasi.
