MESYUARAT JAWATANKUASA PENGURUSAN ASET ALIH (JKPAK) JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGARA BIL. 3/2025

PUTRAJAYA, 16 OKTOBER 2025 – Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aset Alih (JKPAK) Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) Bil. 3/2025 telah berjaya dilaksanakan di Bilik Mesyuarat Aras 4, Menara Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Putrajaya.

Mesyuarat ini bertujuan memperkukuh pengurusan aset alih kerajaan secara sistematik, telus dan berkesan selaras dengan tatacara pengurusan aset yang ditetapkan oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM). Ia juga menjadi platform penting bagi membincangkan isu-isu berkaitan penyelenggaraan, pelupusan serta penambahbaikan prosedur pengurusan aset di bawah Jabatan Belia dan Sukan Negara.

Turut hadir dalam mesyuarat tersebut ialah Tuan Vijayan Kumar a/l Nadarajan, Pengarah Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) Batu Gajah, Perak, yang mewakili institusi dalam memastikan pematuhan dan pengurusan aset di peringkat akademi dilaksanakan dengan cekap dan berintegriti.

Image
Akademi Pembangunan Belia Malaysia Batu Gajah
KM 21, Lebuhraya Ipoh-Lumut
31560 Siputeh Perak
Tel : 05-3657072 | Fax : 05-3656187

apbm_bgajah@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/apbm-batugajah

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 17-10-2025, 07:23:45

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search