PROGRAM MENJULANG ASPIRASI PERAK SEJAHTERA 2030

IPOH, PERAK, 16 OKTOBER 2025 – Program Menjulang Aspirasi Perak Sejahtera 2030 telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab, Ipoh.

Program ini dianjurkan oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak sebagai inisiatif memperkukuh pelaksanaan agenda pembangunan negeri yang berteraskan kesejahteraan rakyat dan kemampanan ekonomi menuju tahun 2030.

Program berimpak tinggi ini menghimpunkan pelbagai agensi kerajaan, institusi dan pihak berkepentingan dalam usaha memperkasa hala tuju negeri Perak ke arah mencapai matlamat Perak Sejahtera 2030.

Antara yang hadir termasuk wakil daripada Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) Batu Gajah, yang turut menunjukkan komitmen dalam mendukung aspirasi kerajaan negeri melalui penglibatan aktif dalam pelbagai inisiatif pembangunan belia dan komuniti.

Image
Akademi Pembangunan Belia Malaysia Batu Gajah
KM 21, Lebuhraya Ipoh-Lumut
31560 Siputeh Perak
Tel : 05-3657072 | Fax : 05-3656187

apbm_bgajah@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/apbm-batugajah

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 02-12-2025, 13:13:59

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search