KUNJUNGAN HORMAT YAYASAN PENCEGAHAN JENAYAH MALAYSIA (MCPS) KE AKADEMI PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA (APBM) BATU GAJAH

TRONOH, PERAK, 14 OKTOBER 2025 – Dato’ Paduka Noh, Penasihat Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPS) Integriti dan Scammer Cawangan Kuala Kangsar, telah mengadakan kunjungan hormat ke Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) Batu Gajah, Perak. Ketibaan beliau disambut mesra oleh Tuan Vijayan Kumar a/l Nadarajan, Pengarah APBM Batu Gajah.

Kunjungan ini bertujuan memperkukuh hubungan dua hala dan membina kerjasama strategik antara kedua-dua pihak dalam memperkasa agenda pembangunan belia berintegriti serta memupuk kesedaran terhadap isu jenayah siber dan penipuan (scam) dalam kalangan generasi muda.

Perbincangan turut menyentuh potensi pelaksanaan inisiatif bersama yang memberi tumpuan kepada program pencegahan jenayah, latihan kesedaran integriti, serta usaha membentuk masyarakat belia yang celik keselamatan digital sejajar dengan prinsip Malaysia MADANI.

Lawatan ini mencerminkan komitmen berterusan APBM Batu Gajah dalam memperluas jaringan strategik dengan pelbagai agensi dan organisasi demi memperkukuh ekosistem pembangunan belia yang seimbang, berdaya tahan dan beretika.

Image
Akademi Pembangunan Belia Malaysia Batu Gajah
KM 21, Lebuhraya Ipoh-Lumut
31560 Siputeh Perak
Tel : 05-3657072 | Fax : 05-3656187

apbm_bgajah@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/apbm-batugajah

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 02-12-2025, 13:13:59

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search