PROGRAM WEBINAR KEUSAHAWANAN @APBMBG SIRI 8 “LETOPS MINDSET USAHAWAN 2025”

TRONOH, PERAK, 15 OKTOBER 2025 – Cawangan Pembangunan Latihan, Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) Batu Gajah, Perak telah berjaya melaksanakan Program Webinar Keusahawanan @APBMBG Siri 8 bertemakan “Letops Mindset Usahawan 2025”.

Program yang berlangsung selama dua jam ini diadakan secara dalam talian melalui platform Zoom Meeting serta disiarkan secara langsung di Facebook Page rasmi APBM Batu Gajah. Webinar ini menampilkan Dr. Kamril Abdul Karim, seorang Professional Trainer dan Consultant yang berpengalaman luas dalam bidang pembangunan keusahawanan dan transformasi minda.

Sepanjang sesi, peserta didedahkan dengan pelbagai strategi, tip serta pendekatan berkesan dalam membina mindset usahawan berdaya tahan dan progresif dalam memperkasa ekonomi belia dan komuniti usahawan tempatan.

Pihak APBM Batu Gajah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada penceramah jemputan serta semua peserta atas komitmen dan penyertaan aktif mereka yang menjayakan program ini.

Image
Akademi Pembangunan Belia Malaysia Batu Gajah
KM 21, Lebuhraya Ipoh-Lumut
31560 Siputeh Perak
Tel : 05-3657072 | Fax : 05-3656187

apbm_bgajah@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/apbm-batugajah

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 02-12-2025, 13:13:59

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search