PROGRAM WEBINAR KEUSAHAWANAN@APBMBG SIRI 7 “KUASAI AI UNTUK PEMASARAN DIGITAL”

TRONOH, PERAK, 14 OKTOBER 2025 – Cawangan Pengembangan Inovasi, Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) Batu Gajah, telah berjaya menganjurkan Program Webinar Keusahawanan@APBMBG Siri 7 bertemakan “Kuasai AI Untuk Pemasaran Digital”.

Program yang dilaksanakan secara dalam talian melalui platform Zoom Meeting dan siaran langsung di Facebook rasmi APBM ini telah menarik penyertaan ramai usahawan muda, pelajar serta belia yang berminat mendalami strategi pemasaran digital berasaskan teknologi kecerdasan buatan (AI).

Webinar ini menampilkan En. Muhammad Afiq bin Ibrahim, seorang Digital Marketing Strategist yang berpengalaman luas dalam bidang digitalisasi telah berkongsi pelbagai tips dan teknik berkesan dalam mengaplikasikan teknologi AI bagi meningkatkan capaian, jualan serta strategi promosi digital.

Pihak APBM Batu Gajah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada penceramah jemputan serta semua peserta yang terlibat dalam menjayakan penganjuran webinar ini. Selamat maju jaya.

Image
Akademi Pembangunan Belia Malaysia Batu Gajah
KM 21, Lebuhraya Ipoh-Lumut
31560 Siputeh Perak
Tel : 05-3657072 | Fax : 05-3656187

apbm_bgajah@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/apbm-batugajah

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 02-12-2025, 13:13:59

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search