- APBM Batu Gajah
- Hits: 24
KEM KECEMERLANGAN SPM 2025
- APBM Batu Gajah
- Hits: 24
TRONOH, PERAK, 13 OKTOBER 2025 – Sekolah Izzuddin Shah, Ipoh telah berjaya melaksanakan Kem Kecemerlangan SPM 2025 yang berlangsung selama tiga hari, bermula dari 10 hingga 12 Oktober 2025, bertempat di Dewan Tunku Abdul Rahman, Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) Batu Gajah, Perak.
APBM Batu Gajah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak Sekolah Izzuddin Shah, Ipoh atas kepercayaan menjadikan APBM Batu Gajah sebagai lokasi penganjuran kem ini. APBM Batu Gajah turut menzahirkan ucapan terima kasih atas kerjasama yang diberikan sepanjang program berlangsung serta memohon maaf sekiranya terdapat sebarang kekurangan atau isu teknikal semasa pelaksanaan program.
Sebagai sebuah institusi latihan di bawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS), APBM Batu Gajah sentiasa komited menyediakan kemudahan serta persekitaran kondusif kepada pelbagai pihak termasuk agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), institusi pendidikan dan komuniti setempat. APBM Batu Gajah juga terbuka menerima pandangan serta cadangan penambahbaikan demi memperkukuh kualiti perkhidmatan pada masa akan datang.
