SAMBUTAN HARI SUKAN NEGARA (HSN) PERINGKAT KEBANGSAAN 2025 MERIAH DI PERAK

MERU, IPOH, PERAK - 11 OKTOBER 2025 – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah berjaya menganjurkan Sambutan Hari Sukan Negara (HSN) 2025 secara serentak di seluruh negara pada 11 Oktober 2025. Tahun ini, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak (JBSN Perak) telah diberikan penghormatan untuk menjadi tuan rumah Majlis Perasmian HSN Peringkat Kebangsaan, yang berlangsung penuh meriah di Dataran Bulatan Sultan Azlan Shah, Meru, Perak.

Majlis perasmian HSN 2025 telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia, yang turut menyeru rakyat agar menjadikan gaya hidup aktif dan sihat sebagai budaya harian selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.

Sambutan kali ini dihiasi dengan pelbagai aktiviti riadah, sukan komuniti dan demonstrasi sukan ekstrem yang mendapat sambutan luar biasa daripada rakyat pelbagai lapisan. Kehadiran ribuan peserta mencerminkan semangat kesukanan serta perpaduan yang tinggi dalam kalangan masyarakat.

Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) Batu Gajah, Perak turut hadir memeriahkan sambutan dengan penyertaan beberapa pegawai yang aktif dalam pelbagai segmen program. Kehadiran APBM Batu Gajah melambangkan sokongan padu terhadap usaha KBS dalam memperkukuh agenda pembangunan belia dan gaya hidup sihat di negara ini.

Image
Akademi Pembangunan Belia Malaysia Batu Gajah
KM 21, Lebuhraya Ipoh-Lumut
31560 Siputeh Perak
Tel : 05-3657072 | Fax : 05-3656187

apbm_bgajah@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/apbm-batugajah

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 02-12-2025, 13:13:59

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search