PROGRAM WEBINAR KEUSAHAWANAN @APBMBG SIRI 6 “MARKETING PADU SALES LAJU”

TRONOH, PERAK, 8 OKTOBER 2025 – Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) Batu Gajah melalui Cawangan Pengembangan & Inovasi sekali lagi meneruskan inisiatif pembangunan belia dengan penganjuran Program Webinar Keusahawanan @APBMBG Siri 6 bertemakan “Marketing Padu Sales Laju.”

Webinar ini telah berlangsung secara dalam talian melalui platform Zoom Meeting serta disiarkan secara langsung di Facebook Page rasmi Akademi Pembangunan Belia Malaysia, bagi memastikan capaian yang lebih meluas kepada golongan belia dan usahawan muda di seluruh negara.

Penceramah jemputan bagi siri kali ini ialah Pn. Nurul Shafikah, Pengasas MyMuka, yang juga merupakan seorang Content Creator dan Strategic Planner berpengalaman dalam bidang pemasaran digital. Beliau telah berkongsi pelbagai strategi dan teknik berkesan dalam meningkatkan jualan melalui pendekatan pemasaran yang kreatif, tersusun dan berimpak tinggi.

Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada para belia dan usahawan muda tentang trend pemasaran semasa, penggunaan media sosial sebagai medium utama jualan, serta strategi membina jenama perniagaan yang kukuh dalam pasaran digital.

APBM Batu Gajah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada penceramah serta semua peserta yang telah menjayakan program ini. Siri webinar seperti ini akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi menyokong usaha memperkasa belia dan beliawanis ke arah menjadi usahawan yang berdaya saing dan inovatif.

Image
Akademi Pembangunan Belia Malaysia Batu Gajah
KM 21, Lebuhraya Ipoh-Lumut
31560 Siputeh Perak
Tel : 05-3657072 | Fax : 05-3656187

apbm_bgajah@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/apbm-batugajah

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 02-12-2025, 13:13:59

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search