INDIA – MALAYSIA INTERNATIONAL YOUTH & GROUP STUDY EXCHANGE PROGRAMME 2025

TRONOH, PERAK, 7 OKTOBER 2025 – Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) Batu Gajah, Perak telah menjadi salah satu destinasi lawatan rasmi dalam rangka India – Malaysia International Youth & Group Study Exchange Programme 2025, yang berlangsung dari 6 hingga 10 Oktober 2025 di Malaysia.

Kunjungan delegasi dari India ini bertujuan memperkukuh hubungan dua hala antara Malaysia dan India dalam bidang pembangunan serta pertukaran ilmu belia antarabangsa, di samping membuka ruang kerjasama strategik dalam pelbagai aspek latihan dan kepimpinan belia.
Program dimulakan dengan taklimat pengenalan serta sejarah penubuhan APBM Batu Gajah yang disampaikan oleh Encik Mohammad Sabri bin Jusoh, Penolong Pegawai Belia dan Sukan APBM Batu Gajah. Taklimat ini memberi gambaran jelas mengenai fungsi dan peranan APBM sebagai institusi latihan di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.

Majlis diteruskan dengan ucapan wakil delegasi India, Ms Debosmita De dari Kordinator Fakulti Sri Sri Akademi, Kolkata India diikuti dengan ucapan aluan oleh Tuan Vijayan Kumar a/l Nadarajan, Pengarah APBM Batu Gajah, yang mengalu-alukan kedatangan para delegasi dengan penuh hormat. Dalam ucapannya, beliau turut berkongsi kejayaan pelbagai inisiatif dan program latihan belia yang telah dilaksanakan oleh APBM Batu Gajah bagi memperkasa generasi muda di peringkat nasional dan antarabangsa.

Sesi kemudiannya diteruskan dengan sesi soal jawab yang membolehkan kedua-dua pihak bertukar pandangan dan pengalaman dalam memperkukuh pembangunan modal insan belia.

Sebagai simbolik kepada warisan budaya tempatan, para tetamu turut dihiburkan dengan persembahan istimewa daripada Persatuan Silambam Perak Tengah (Silambam Arima) yang mempersembahkan seni mempertahankan diri tradisional India.

Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderahati dan sijil penghargaan antara kedua-dua delegasi, diikuti dengan sesi bergambar kenang-kenangan, melambangkan semangat perpaduan dan persahabatan antara Malaysia dan India.

Program ini mencerminkan komitmen berterusan APBM Batu Gajah dalam memperkukuh hubungan antarabangsa serta memupuk belia berdaya saing global yang berpegang pada nilai perpaduan, budaya, dan kerjasama sejagat.

Image
Akademi Pembangunan Belia Malaysia Batu Gajah
KM 21, Lebuhraya Ipoh-Lumut
31560 Siputeh Perak
Tel : 05-3657072 | Fax : 05-3656187

apbm_bgajah@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/apbm-batugajah

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 02-12-2025, 13:13:59

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search