MAJLIS PERASMIAN PENUTUP PROGRAM KOMUNIKASI BERKESAN DALAM PERNIAGAAN (BIZ PITCHING) 2025

BANGI, SELANGOR, 28 SEPTEMBER 2025 – Cawangan Pembangunan Latihan, Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) Batu Gajah, Perak telah berjaya menganjurkan Program Komunikasi Berkesan Dalam Perniagaan (Biz Pitching) 2025 bermula pada 26 hingga 28 September 2025 bertempat di Institut Semarak Felda (ISEF), Bangi, Selangor.

Program ini dianjurkan dengan objektif utama untuk meningkatkan kemahiran komunikasi perniagaan secara berkesan, membina keyakinan dalam penyampaian idea, serta menterjemahkan aspirasi usahawan kepada visi yang mampu dikongsi bersama masyarakat. Selain itu, program ini turut memberi pendedahan mengenai peluang keusahawanan yang lebih luas melalui sesi pembelajaran bersemuka dengan modul yang berteraskan komunikasi, keusahawanan serta kepimpinan, khususnya dalam memperkasakan usahawan belia negara.
Sepanjang program, peserta telah diberikan pencerahan dan panduan oleh penceramah jemputan iaitu Encik Kamaruzzaman bin Kamaludeen, atau lebih dikenali sebagai Coach KK, yang juga merupakan Chief Growth Officer. Beliau berkongsi pengalaman luas dalam bidang komunikasi strategik dan pembangunan bisnes pitching.

Sesi pitching pada hari ini, melibatkan beberapa orang panel daripada pelbagai Jabatan/Agensi yang berpengalaman didalam bidang keusahawanan iaitu Encik Mohd Khaizan bin Dahlan (Timbalan Pengarah, Bahagian Pembangunan Usahawan, Ibu Pejabat MARA), Puan Noorhazreen binti Ab Ghani (Pengurus Kanan 2, PUNB), Dr. Abd Razzif bin Abd Razak (Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Keusahawanan Pemasar, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan – FAMA) serta Encik Muhamad bin Ibrahim (Pengurus Kanan, SME CORP).

Program ini diakhiri dengan sesi penyampaian sijil penghargaan dan cenderahati kepada peserta terbaik dan panel jemputan . Program ini diharap dapat menjadi platform bermanfaat dalam memperkukuh jaringan keusahawanan serta melahirkan lebih ramai usahawan belia yang berdaya saing, kreatif dan berkeyakinan dalam mengemudi idea perniagaan ke arah yang lebih cemerlang.

Image
Akademi Pembangunan Belia Malaysia Batu Gajah
KM 21, Lebuhraya Ipoh-Lumut
31560 Siputeh Perak
Tel : 05-3657072 | Fax : 05-3656187

apbm_bgajah@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/apbm-batugajah

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 02-12-2025, 13:13:59

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search