PROGRAM BIZ TALK USAHAWAN SOSIAL @IPTA SIRI 2

TRONOH, PERAK, 11 SEPTEMBER 2025 – Cawangan Penyelarasan Data dan Promosi, Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) Batu Gajah telah berjaya menganjurkan Program Biz Talk Usahawan Sosial @IPTA Siri 2 bertempat di Auditorium APBM Batu Gajah.

Program ini disertai oleh pelajar daripada pelbagai institusi iaitu Kolej Profesional MARA Seri Iskandar, Institut Latihan Perindustrian (ILP), Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar (IKBNSI), Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS SI), Kolej Vokasional Seri Iskandar (KVSI) serta Giat MARA Batu Gajah.

Penganjuran siri ini bertujuan memberi pendedahan, inspirasi dan motivasi kepada para peserta, khususnya belia di sekolah serta Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta, dalam memahami konsep asas keusahawanan sosial. Program ini turut menekankan kepentingan menceburi bidang perniagaan sosial yang bukan sahaja memberi pulangan lumayan, malah berperanan dalam memacu pembangunan komuniti dan ekonomi negara.

Program menampilkan dua slot utama iaitu "Keusahawanan Sosial Edisi Anak Muda (Generasi Impactpreneur)” disampaikan oleh Pn. Zamzana Arifin, Pengasas dan Ketua Eksekutif Pantang Plus. Slot kedua pula adalah “Menjana Keuntungan, Membangunkan Komuniti” dibawakan oleh En. Syafiq Saad, Pengarah Ngopdul Coffee & Ngopdul Roastery.

Majlis penutup telah disempurnakan oleh Tuan Vijayan Kumar a/l Nadarajan, Pengarah APBM Batu Gajah. Program ini membuktikan komitmen APBM Batu Gajah dalam mengilmukan serta memperkasa belia melalui platform keusahawanan sosial, sejajar dengan aspirasi Malaysia MADANI.

Image
Akademi Pembangunan Belia Malaysia Batu Gajah
KM 21, Lebuhraya Ipoh-Lumut
31560 Siputeh Perak
Tel : 05-3657072 | Fax : 05-3656187

apbm_bgajah@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/apbm-batugajah

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 02-12-2025, 13:13:59

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search