- APBM Batu Gajah
- Hits: 18
LAWATAN USAHAWAN BELIA NIAGA 2025 CAWANGAN PEMBANGUNAN LATIHAN AKADEMI PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA (APBM) BATU GAJAH
- APBM Batu Gajah
- Hits: 18
KAMPUNG KUANG HILIR, CHEMOR, PERAK, 10 SEPTEMBER 2025 – Cawangan Pembangunan Latihan APBM Batu Gajah telah mengadakan Lawatan Usahawan Belia Niaga 2025 ke syarikat Ray Agro Farm milik Abdul Ghafur bin Mohd Ismail, seorang usahawan muda dalam bidang pertanian.
Beroperasi sejak setahun lalu, syarikat ini mengusahakan fertigasi cili yang menekankan hasil segar dan bersih untuk pasaran. Produk dipasarkan melalui platform dalam talian serta jualan terus.
Antara cabaran yang dihadapi ialah serangan serangga dan penyakit tanaman, namun Abdul Ghafur tetap optimis meneruskan usaha dengan strategi pemasaran yang lebih meluas. Ray Agro Farm turut dikenali melalui media sosial dengan nama Kinta Greenfield di Facebook, Twitter dan Telegram.
Program lawatan ini memberi inspirasi kepada belia untuk menceburi bidang keusahawanan pertanian, seterusnya menyumbang kepada pembangunan ekonomi komuniti.