PROGRAM WEBINAR KEUSAHAWANAN @APBMBG SIRI 3 – ZERO MODAL BIZ POWER

TRONOH, PERAK, 20 MAC 2025 - Cawangan Penyelarasan Data dan Promosi Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) Batu Gajah telah menganjurkan Program Webinar Keusahawanan @APBMBG Siri 3 yang bertajuk Zero Modal Biz Power.

Program ini telah berlangsung secara dalam talian melalui platform Zoom Meeting dan Facebook Live Akademi Pembangunan Belia Malaysia. Perkongsian ilmu telah disampaikan oleh Master Noorul yang merupakan "Digital Marketing Trainer". Sijil penyertaan kepada peserta juga turut disediakan.

APBM Batu Gajah mengucapkan jutaan terima kasih kepada peserta dan penceramah kerana meluangkan masa menjayakan program ini. Semoga dengan perkongsian ilmu ini sedikit sebanyak dapat membantu usahawan-usahawan meningkatkan kemahiran serta mengenal pasti elemen-elemen yang perlu dititikberatkan dalam mempromosikan barang jualan secara langsung melalui flatform media sosial seperti Facebook, TikTok dan sebagainya.

APBM Batu Gajah akan sentiasa mengadakan program-program yang berkaitan keusahawanan untuk memperkasakan usahawan belia dalam bidang perniagaan. Terus sukses dan selamat maju jaya.

Image
Akademi Pembangunan Belia Malaysia Batu Gajah
KM 21, Lebuhraya Ipoh-Lumut
31560 Siputeh Perak
Tel : 05-3657072 | Fax : 05-3656187

apbm_bgajah@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/apbm-batugajah

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search