- APBM Batu Gajah
- Hits: 108
LATIHAN PENCEGAHAN KEBAKARAN DAN PENCEGAHAN HAIWAN LIAR
- APBM Batu Gajah
- Hits: 108
TRONOH, PERAK 19 MAC 2025 – Latihan Pencegahan Kebakaran Dan Pencegahan Haiwan Liar telah disampaikan oleh En. Mohammad Syafiq bin Abdul Majid, Penolong Kanan Penguasa Bomba bersama En. Muhammad Hikhwan Hanif bin A.H. Hasni Pegawai Bomba dari Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Utara (Tronoh ,Perak).
Latihan Pencegahan Kebakaran Dan Pencegahan Haiwan Liar telah diadakan di Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) Batu Gajah disertai oleh kakitangan APBM Batu Gajah, Pengawal Keselamatan, Pekerja Pembersihan dan Landskap.
Latihan ini bertujuan untuk memberikan kesedaran dan mengurangkan risiko berlakunya kebakaran serta memastikan respon yang pantas diberikan. Selain itu dapat meningkatkan kesedaran dan memberikan bantuan segera.
Latihan pencegahan kebakaran dan pencegahan haiwan liar adalah langkah penting dalam sesuatu komuniti. Dengan pengetahuan dan kesiapsiagaan yang baik, kita dapat mencegah bahaya sebelum terjadi sesuatu bahaya serta melindungi diri, orang lain, dan alam sekitar.
Hadir bersama adalah Tuan Vijayan Kumar a/l Nadarajan Pengarah APBM Batu Gajah dan En. Tines Kumar a/l M Lingam Timbalan Pengarah.