- APBM Batu Gajah
- Hits: 98
PROGRAM WEBINAR KEUSAHAWANAN @APBMBG SIRI 2 - 3B "RAHSIA USAHAWAN HEBAT"
- APBM Batu Gajah
- Hits: 98
TRONOH, PERAK, 13 MAC 2025 – Cawangan Pembangunan Latihan, Akademi Pembangunan Belia Malaysia Batu Gajah, Perak telah menganjurkan PROGRAM WEBINAR KEUSAHAWANAN @APBMBG SIRI 2 bertajuk 3B "RAHSIA USAHAWAN HEBAT".
Program Webinar ini telah berlangsung selama dua jam melalui platform Zoom Meeting dan LIVE Facebook Page Akademi Pembangunan Belia Malaysia. Penceramah bagi program webinar ini adalah Pn Nurliana binti Muhammad merupakan Pengasas Hub Usahawan Belia Pahang, Pengasas Hub Usahawan Digital & Smart Belia Malaysia serta Boards Of Governeors (BOG) UCYP University.
Pihak APBM Batu Gajah mengucapkan ribuan terima kasih kepada penceramah serta semua peserta yang telah memberikan komitmen dan kerjasama yang sangat baik sepanjang webinar berlangsung. Program seperti ini akan diteruskan lagi di masa akan datang demi melahirkan lebih ramai lagi usahawan di kalangan belia yang berilmu dan memberi manfaat kepada pertumbuhan ekonomi negara.