PROGRAM WEBINAR KEUSAHAWANAN @APBMBG SIRI 1 – CHATGPT MASTERY

TRONOH, PERAK, 6 MAC 2025 - Cawangan Penyelarasan Data dan Promosi Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) Batu Gajah telah menganjurkan Program Webinar Keusahawanan @APBMBG Siri 1 yang bertajuk ChatGPT Mastery.

Program ini telah berlangsung secara dalam talian melalui platform Zoom Meeting dan Facebook Live Akademi Pembangunan Belia Malaysia. Sijil penyertaan kepada peserta juga turut disediakan. Perkongsian ilmu telah disampaikan oleh En. Mohd Zulhazri bin Azmi (Coach Zul) yang merupakan Business Coach/Master Trainer (eUsahawan & MDEC).

APBM Batu Gajah mengucapkan jutaan terima kasih kepada peserta dan penceramah kerana menjayakan program ini. Semoga dengan perkongsian ilmu ini sedikit sebanyak dapat membantu usahawan-usahawan meningkatkan pengetahuan dalam "ChatGPT Mastery" serta mengenal pasti elemen-elemen yang perlu untuk meningkatkan dan memudahkan pengurusan dalam perniagaan.

APBM Batu Gajah akan sentiasa mengadakan program-program yang berkaitan keusahawanan bagi membantu memperkasakan usahawan-usahawan belia. Terus sukses dan selamat maju jaya.

Image
Akademi Pembangunan Belia Malaysia Batu Gajah
KM 21, Lebuhraya Ipoh-Lumut
31560 Siputeh Perak
Tel : 05-3657072 | Fax : 05-3656187

apbm_bgajah@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/apbm-batugajah

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search