KURSUS KEUSAHAWAN BAKERI DAN PASTRI - EMPOWER BAKERS SIRI I (ANEKA BISKUT RAYA DAN DESSERT)

TRONOH, PERAK, 28 FEBRUARI 2025 - Cawangan Penyelarasan dan Strategik APBM Batu Gajah, Perak telah menganjurkan Kursus Keusahawanan Bakeri Dan Pastri Empower Bakers Siri 1 (Aneka Biskut Raya Dan Dessert) bermula pada 26-28 Februari 2025 bertempat di APBM Batu Gajah, Perak.

Objektif penganjuran kursus adalah memberi kemahiran kepada belia dalam pembuatan biskut raya dan dessert, membimbing dan membantu belia serta usahawan muda mempromosi dan memasarkan produk, memberi kefahaman tentang peluang-peluang perniagaan yang lebih luas dan kemungkinannya serta memberi peluang kepada belia untuk menjana ekonomi melalui perniagaan. Tenaga pengajar bagi kursus ini adalah Pn. Azila bt. Md Ali serta Cik Intan Nabila bt. Salehuddin daripada Tenaga Pengajar Azila's Kitchen Kuala Kangsar dan Puan Fariha Nabila bt. Ismail.

Terima kasih kepada tenaga pengajar dan semua yang terlibat secara langsung atau pun tidak langsung dalam menjayakan program kali ini. Anda semua terbaik dan hebat. Semoga berjaya dan jumpa lagi.

Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh Tuan Vijayan Kumar a/l Nadarajan, Pengarah APBM Batu Gajah. Turut hadir adalah En. Tines Kumar a/l M Lingam Timbalan Pengarah APBM Batu Gajah.

Image
Akademi Pembangunan Belia Malaysia Batu Gajah
KM 21, Lebuhraya Ipoh-Lumut
31560 Siputeh Perak
Tel : 05-3657072 | Fax : 05-3656187

apbm_bgajah@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/apbm-batugajah

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search