- APBM Batu Gajah
- Hits: 90
MAJLIS BACAAN YASSIN, TAHLIL RINGKAS & KULIAH DHUHA SIRI 1 - "HEALING" BULAN RAMADHAN
- APBM Batu Gajah
- Hits: 90
TRONOH, PERAK, 28 FEBRUARI 2025 – Unit Bina Insan Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) Batu Gajah mengadakan satu program kerohanian yang diadakan di Surau At-Taqwa. Majlis Bacaan Yassin, Tahlil Ringkas & Kuliah Dhuha Siri 1 bertajuk "HEALING" Bulan Ramadhan telah disampaikan oleh Ustaz Ibnu Abbas Bin Azizuddin, Pegawai Pejabat Agama Seri Iskandar.
Program yang berlangsung selama 2 jam ini telah dihadiri oleh warga kerja APBM Batu Gajah terdiri daripada kakitangan APBM Batu Gajah, pekerja landskap dan kebersihan, pengawal keselamatan serta jemputan khas pelajar IKBN Seri Iskandar seramai 20 orang beserta 2 orang pegawai pengiring.
Dengan adanya program seperti ini akan meningkatkan komitmen warga kerja APBM mengenai perkongsian ilmu yang boleh diamalkan dalam memupuk nilai-nilai murni dan mendapatkan kerjasama warga kerja APBM bagi membantu meluaskan kefahaman mengenai ilmu feqah dalam bab puasa di bulan ramadhan yang akan menjelma nanti. Selain itu, program ini merupakan satu medium untuk kakitangan mendapatkan ilmu generik bagi keperluan latihan tahunan serta dapat mengerat dan merapatkan silaturrahim dikalangan warga kerja APBM Batu Gajah.
APBM Batu Gajah mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat. Semoga program seperti ini menjadi amalan dan diteruskan lagi pada masa akan datang serta dapat menjalinkan ukhwah antara warga kerja. Ini secara tidak langsung mengimarahkan lagi Surau At-Taqwa APBM Batu Gajah.