- APBM Batu Gajah
- Hits: 126
CERAMAH BERKAITAN JENAYAH SCAM
- APBM Batu Gajah
- Hits: 126
TRONOH, PERAK 26 FEBRUARI 2025 – Suatu ceramah berkaitan Jenayah Scam telah diadakan dan disampaikan oleh Insp. Aziz bin Chak dari Bahagian Siasatan Jenayah Komersil, Ibu Pejabat Polis Daerah Batu Gajah bertempat di Dewan Tunku Abdul Rahman, Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) Batu Gajah. Sesi ceramah telah disertai oleh kakitangan APBM Batu Gajah.
Scammer merujuk kepada seseorang yang melakukan perbuatan 'scam' atau menipu dengan tujuan menganiaya orang lain untuk kepentingan diri sendiri. Perbuatan 'scam' ini boleh dilakukan secara dalam talian ataupun secara bersemuka. Media sosial menjadi pilihan penjenayah siber untuk meraih keuntungan dengan menipu pengguna melalui aplikasi Facebook, Whatsapp, Telegram dan TikTok.
Penjenayah menggunakan pelbagai taktik licik untuk memperdaya orang ramai, termasuk menawarkan peluang pelaburan palsu, meminta maklumat peribadi, atau menyamar sebagai pihak berkuasa dan seringkali menukar modus operandi. Justeru, kita seharusnya sentiasa berhati-hati serta memeriksa kesahihan sesuatu tawaran dan tidak mudah terpedaya dengan janji-janji manis yang tidak masuk akal.
Hadir bersama adalah Tuan Vijayan Kumar a/l Nadarajan Pengarah APBM Batu Gajah dan En. Tines Kumar a/l M Lingam Timbalan Pengarah.