- APBM Batu Gajah
- Hits: 108
BENGKEL PROFESIONALISME KERJA BELIA SKM-PPT SIRI 1/ BATCH 11 ZON TENGAH TAHUN 2025
- APBM Batu Gajah
- Hits: 108
MALIM NAWAR, 25 FEBRUARI 2025 - Akademi Pembangunan Belia Malaysia Port Dickson telah menganjurkan Bengkel Profesionalisme Kerja Belia SKM-PPT Siri 1 Batch 11 bagi tahun 2025 bermula 23 - 25 Februari 2025 bertempat di TNB Integrated Training Solution (ILSAS), Cawangan Malim Nawar, Perak.
Antara yang menyertai Bengkel ini adalah pegawai JBS Negeri dan IKBN dari Zon Tengah (Perak, Selangor & WP Kuala Lumpur). Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) Batu Gajah, Perak telah diwakili oleh 2 orang pegawai iaitu Cik Norfitri bt. Ibrahim dan Pn. Suhaini bt. Samsudin.
SKM-PPT ini adalah proses penyediaan portfolio SKM berdasarkan Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT) sebelum layak diberikan pensijilan SKM Tahap 3 Kerja Belia setelah melalui penilaian daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).