MAJLIS PERASMIAN PENUTUP KURSUS USAHAWAN DIGITAL (TIKTOK ADVANCE) SIRI 1/2025

TROLAK, PERAK, 22 FEBRUARI 2025 - Cawangan Pengembangan dan Inovasi Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) Batu Gajah, Perak telah menganjurkan Kursus Usahawan Digital (Tik Tok Advance) bertempat di Institut Latihan Felda Trolak, Perak bermula 20 - 22 Februari 2025.

Program ini diadakan dengan objektif memberi pendedahan dan kefahaman kepada usahawan belia mengenai kepentingan keusahawanan digital melalui aplikasi TikTok sebagai medium yang digunakan selain mempelajari kaedah pemasaran dengan lebih mendalam, meningkatkan pengetahuan dan pembudayaan peserta ke arah perniagaan secara digital serta mempelajari teknik dan tip mengikut perubahan teknologi dan trend perniagaan pada masa kini, memberi bimbingan dan konsultansi melalui aktiviti perniagaan digital yang merangkumi sokongan dengan menyediakan platform pemasaran untuk belia bagi melaksanakan sesuatu aktiviti perniagaan yang berorientasikan keuntungan dengan matlamat akhirnya memberi manfaat kepada masyarakat keseluruhannya serta menjadikan mentor pemasaran digital sebagai pencetus idea dan inspirasi kepada usahawan belia selaras dengan kemajuan teknologi dan era digitalisasi bagi menyemarakkan dunia keusahawanan secara global. Perkongsian ilmu ini telah disampaikan oleh Coach Ejul Lufti, Coach Baahir serta Coach Akmal.

Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh Tuan Vijayan Kumar a/l Nadarajan, Pengarah APBM Batu Gajah. APBM Batu Gajah mengucapkan terima kasih dan semoga berjumpa lagi. Selamat maju jaya.

Image
Akademi Pembangunan Belia Malaysia Batu Gajah
KM 21, Lebuhraya Ipoh-Lumut
31560 Siputeh Perak
Tel : 05-3657072 | Fax : 05-3656187

apbm_bgajah@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/apbm-batugajah

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search